Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut.Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang
tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga
meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui
ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik
dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan,
runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
Sebuah wacana yang baik akan memenuhi
ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi
kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah
wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara
dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara
bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap
wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara
fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk
menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat
bandingan serta rumusan sesuatu wacana.
Penanda wacana amat penting kepada sesuatu
wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh
kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada penanda
leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda
elipsis atau pengguguran.
Rujukan : http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/07/wacana.html#!/tcmbck